Date: Jumaat, Januari 17, 2020

KUNJUNGAN HORMAT YBRS. DR. MOHD ABD WAHAB BIN YUSOF KETUA PENGARAH AGENSI NUKLEAR MALAYSIA KE MENARA KERJA RAYA MALAYSIA

 

Pada 17 Januari 2020, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Ybrs. Dr. Mohd Abd Wahab Bin Yusof telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid.

Kunjungan YBrs. Dr KP ANM dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid serta pengarah-pengarah kanan JKR. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBrs. Dr. KP ANM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 33, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ybrs. Dr. Mohd Abd Wahab Bin Yusof atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.