Date: Jumaat, Februari 14, 2020

KUNJUNGAN HORMAT YBRS. TUAN ELIYAS BIN SAAD, TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN INDUSTRI & PENGEMBANGAN) JABATAN PERTANIAN MALAYSIA. 

Pada 14 Februari 2020, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri & Pengembangan) Jabatan Pertanian Malaysia, YBrs. Tuan Eliyas Bin Saad telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid.

Kunjungan YBrs. Tuan Eliyas TKP JPM dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid serta pengarah-pengarah kanan JKR. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBrs. Tuan Eliyas, TKP JPM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 33, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBrs. Tuan Eliyas Bin Saad atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.