Date: Selasa, Disember 8, 2020

Pada 8 Disember 2020, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

Kunjungan YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBrs. Haji Mohamed Zaini, KP JKM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Berlian Aras 2, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada, YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.