Date: Selasa, Januari 3, 2023

Pada 28 Disember 2022 (Rabu) Menteri Kerja Raya YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI dan Timbalan Menteri Kerja Raya YB DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD telah berkunjung ke Jabatan Kerja Raya di Menara Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Pengenalan Organisasi Bersama Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Kerja Raya.

Turut dihadiri ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya YBHG. DATO' WIRA WAN AHMAD UZIR BIN HJ WAN SULAIMAN dan delegasi daripada Kementerian Kerja Raya yang lain iaitu Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Unit Komunikasi Korporat, Pegawai Khas Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya.

Manakala daripada Jabatan Kerja Raya dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) merangkap Ketua Pengarah Kerja Raya YBHG. DATO’ IR. AHMAD REDZA BIN GHULAM RASOOL, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Pengarah Kanan, Pengarah CDPK, Pengarah Cawangan, Ketua Bahagian CDPK, Pegawai Khas dan wakil-wakil cawangan JKR.

Sesi pertama dimulakan dengan sesi tandatangan Buku Pelawat oleh YB Menteri Kerja Raya dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya beserta dengan sesi penyampaian cenderahati kepada YB Menteri Kerja Raya dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya sebagai tanda kenangan di ruang legar aras 2, Menara Kerja Raya.

Sesi seterusnya diteruskan dengan pembentangan carta organisasi dan fungsi JKR oleh Ir. Janari bin Sekeli daripada Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat di Bilik Mesyuarat Berlian, aras 2, Menara Kerja Raya.

Sesi terakhir adalah sesi bergambar YB Menteri Kerja Raya dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya bersama Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Pengarah Kanan, Pengarah CDPK dan Pengarah Cawangan di ruang aras 2, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang diharapkan dan diharap perjumpaan sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YB Menteri Kerja Raya dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya atas kesudian berkunjung ke Jabatan Kerja Raya Malaysia.