Date: Selasa, Oktober 15, 2019

Pada 15 Oktober 2019, Timbalan Menteri Kerja Raya YB Hj. Mohd Anuar b. Mohd Tahir telah mengadakan kunjungan mesra ke Pejabat Tapak Projek Naiktaraf dan Baikpulih Parlimen Malaysia. Kedatangan YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBrs. Datuk Ir. Muhammad Azman bin Jamrus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) dan diiringi oleh Ir. Maria Marcus selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama) projek ini.

Seterusnya, YB Timbalan Menteri diberikan taklimat berkenaan dengan kemajuan projek Parlimen Fasa 3B oleh Ir. Maria Marcus, dan taklimat berkenaan dengan fungsi Bahagian Senggara Fasiliti Lanskap Parlimen.oleh En. Mohd Fauzie Abdul Rahim.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Timbalan Menteri Kerja Raya YB Hj. Mohd Anuar b. Mohd Tahir atas kesudian berkunjung ke Pejabat Tapak Projek Parlimen.