Date: Khamis, Oktober 3, 2019

Pada 2 Oktober 2019, Timbalan Menteri Kewangan YB Dato’ Haji Amiruddin Bin Haji Hamzah telah mengadakan kunjungan mesra ke Menara Kerja Raya. Kedatangan YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan.

Seterusnya, YB Timbalan Menteri telah dibawa melawat sekitar tingkat 33 dan menandatangani buku pelawat. Atucara seterusnya adalah sesi taklimat dan mesyuarat pelarasan Projek Sekolah Daif Sarawak di Bilik Mesyuarat Berlian, Tingkat 2, Menara Kerja Raya. Sesi perbincangan tersebut turut disertai oleh YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya, Pengarah – Pengarah Cawangan dan pegawai-pegawai kanan JKR.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Timbalan Menteri Kewangan YB Dato’ Haji Amiruddin Bin haji Hamzah atas kesudian berkunjung ke Menara Kerja Raya.