Date: Selasa, Februari 22, 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa dua kursus baharu e-Pembelajaran JKR Malaysia bertajuk BIM: Asas Pengurusan 1” dan “Pengenalan Kepada Gerbang Nilai 0 (GN0)” yang dibangunkan oleh  Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR kini telah ditawarkan di portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).

Kursus BIM: Asas Pengurusan 1 merupakan kursus asas kompetensi bagi BIM Manager yang terlibat dalam pengurusan projek pembinaan secara Building Information Modelling (BIM) manakala Pengenalan Kepada Gerbang Nilai 0 (GN0) bertujuan untuk memperkenalkan pelaksanaan Inisiatif GN0 di peringkat pewujudan projek oleh Kementerian/Jabatan/Agensi.

Sehingga kini, JKR Malaysia telah membangunkan sebanyak 13 kursus e-Pembelajaran (EPSA) termasuk “Value Management Strategik (VMS)“, “Jalan Rosak: Apa Anda Perlu Tahu” dan “Construction Defects found in Reinforced Concrete during Construction”.

e-Pembelajaran merupakan sebahagian daripada inisiatif teras program strategik Enterprise Content & Knowledge Management yang dibangunkan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengetahuan organisasi ke arah memperkasa produktiviti modal insan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan. Portal EPSA boleh diakses sepanjang masa melalui komputer, tablet dan telefon pintar. Layari Portal EPSA hari ini di www.epsa.gov.my