Date: Rabu, March 1, 2023

Pada 23 – 24 Februari 2023 (Khamis dan Jumaat) telah diadakan satu Kursus Pemantapan Auditan bagi Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016. Kursus ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, JKR Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan telah dihadiri seramai lima puluh (50) orang yang terdiri daripada Juru Audit Dalaman (JAD), Pegawai Integriti (PI) dan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang telah dilantik dari JKR Negeri/ JKR Cawangan dan Urus Setia SPAR. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan berkenaan prosedur dalam SPAR serta memantapkan kompetensi pegawai dalam Juru Audit Dalaman (JAD) yang kompeten. Sesi penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri Bin Baharuddin.

Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.