Date: Jumaat, March 31, 2023

Berkuatkuasa Januari 2024, Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK)
menjadi SYARAT WAJIB bagi kontraktor Gred G7 yang ingin menyertai tender
projek projek fasiliti kesihatan di bawah seliaan JKR.


Objektif kursus kompetensi kontraktor kesihatan ini adalah untuk meningkatkan
kefahaman dalam aspek pengurusan dan pentadbiran khususnya di peringkat Pra
dan Pasca Kontrak, mendedahkan kontraktor kepada isu, masalah dan ikhtibar
(lesson learnt) serta menjelaskan harapan dan jangkaan Kerajaan terhadap prestasi
kontraktor.

Sehubungan dengan itu, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR
(CREaTE) bersama Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dan Cawangan Kontrak dan
Ukur Bahan (CKUB) akan menganjurkan Kursus SKKK kepada kontraktor yang
berdaftar dalam Gred G7, Pengkhususan B04 & B29 dan mempunyai penarafan
Score 3 bintang CIDB seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 29 Mei hingga 2 Jun 2023
Tempat: Dewan CREaTE(JKR), Alor Gajah Melaka
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Justeru itu, tuan/puan dari syarikat yang berkenaan dijemput untuk menyertai
kursus di atas.


Tempat adalah terhad untuk 100 orang peserta sahaja.
Pendaftaran bagi sesi pertama akan dibuka pada 3 April hingga 14 April 2023.

Untuk pendaftaran kursus, sila imbas QR Code yang tertera di bawah:

https://skkk.jkr.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi kami di:

Emel: skkk [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

No telefon: 03-2618 9211/9283/9212

                   06-5520 2267/2211