Date: Rabu, September 13, 2023

Berkuatkuasa Januari 2024, Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) menjadi SYARAT WAJIB bagi kontraktor Gred G7 yang ingin menyertai tender projek projek fasiliti kesihatan di bawah seliaan JKR.

Objektif kursus kompetensi kontraktor kesihatan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dalam aspek pengurusan dan pentadbiran khususnya di peringkat Pra dan Pasca Kontrak, mendedahkan kontraktor kepada isu, masalah dan ikhtibar (lesson learnt) serta menjelaskan harapan dan jangkaan Kerajaan terhadap prestasi kontraktor.

Sehubungan dengan itu, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan Kursus SKKK kepada kontraktor yang berdaftar dalam Gred G7, Pengkhususan B04 & B29 dan mempunyai penarafan Score 3 bintang CIDB seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh : 6 hingga 10 November  2023

Tempat: Dewan CREaTE(JKR), Alor Gajah Melaka

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Justeru itu,  tuan/puan dari syarikat yang berkenaan dijemput untuk menyertai kursus di atas.

Tempat adalah terhad untuk 100 orang peserta sahaja.

Pendaftaran bagi sesi Ketiga  akan dibuka pada  11 hingga 24 September 2023.

 

Untuk pendaftaran kursus, sila imbas QR Code yang tertera di bawah:

KURSUS SIJIL KOMPETENSI KONTRAKTOR KESIHATAN (SKKK)

https://skkk.jkr.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi kami di:

Emel: skkk [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

No telefon: 03-2618 9211/9283/9212

                   06-5520 2267/2211

skkk

skkk