Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Kesedar dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Riadah, CKUB (KKRia) telah menganjurkan Kursus Sistem JKR E-Tender (JET) Modul Konvensional yang diadakan selama dua (2) hari dari 12 November 2024 hingga 13 November 2024 di H Elite Hotel Design, Kota Bharu, Kelantan. Program ini telah melibatkan 80 peserta dan 13 syarikat pembekal.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Ir. Rizalman bin Darus, Pengarah JKR Kesedar dan dimeriahkan dengan kehadiran jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta.
Kursus JKR E-Tender (JET) Modul Konvensional yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan Sistem JKR E-Tender (JET). Selain itu, para peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai tatacara penggunaan dan lesson learnt dalam penggunaan Sistem JET secara keseluruhannya.
Jutaan terima kasih kepada kesemua peserta dan pembekal yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.
- 541 bacaan