Date: Selasa, April 16, 2019

PELAWAAN KEMASUKAN KE LALUAN SME DILANJUTKAN SEHINGGA 13 JUN 2019

PELAWAAN KEMASUKAN KE LALUAN KEMAJUAN KERJAYA PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) PP 7/2016

 

Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) bil. 2/2018 telah meluluskan sembilan (9) Bidang Kepakaran SME dan Tahap Kepakaran bagi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa calon-calon di bawah penyeliaan JKR yang berkelayakan untuk memasuki laluan ini bagi sesi 2019 dan menjadi Pegawai SME JKR Malaysia bagi bidang-bidang kepakaran dan tahap berikut :








 

Calon-calon yang berminat adalah layak dipertimbangkan berdasarkan syarat asas seperti berikut:-

a.         Berdaftar dengan Lembaga Profesional;
b.         Pegawai berada di gred hakiki J52/ J54 (mengikut tahap kepakaran);
c.         Berkhidmat secara tetap sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
d.         Telah berkhidmat dalam bidang dan sub bidang kepakaran seperti permohonan sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
e.         Mencapai markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas tiga (3) tahun terkini secara                                      berturut-turut (Purata 90% mengikut wajaran yang ditetapkan);
f.          Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
g.         Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib;
h.         Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
i.          Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Institusi/Tabung Pendidikan

Calon-calon yang melepasi syarat asas, kemudiannya akan melalui penilaian syarat umum dan syarat khusus seperti berikut :



Jawatankuasa Kerja (JKK) akan melaksanakan penilaian ke atas permohonan yang diterima dan calon-calon yang berjaya melepasi kesemua penilaian, akan dibawa ke Jawatankuasa Induk (JKI) bagi tujuan perakuan sebelum diangkat untuk Pertimbangan Mesyuarat LKPPA. Calon yang berjaya diiktiraf sebagai Pegawai SME oleh LKPPA akan diberi satu (1) gred pemangkuan yang lebih tinggi dan perlu melaksanakan tugasan SME Special Assignment (SSA).

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang berikut :

a.         Lampiran A    – Borang Permohonan SME (disertakan bersama dokumen - dokumen pembuktian yang dijilidkan dengan                        sebahagian dokumen disahkan); dan
b.         Lampiran B    Surat Akuan Pinjaman Pendidikan.
c.         Lampiran C    -  Borang Penilaian SME (soft copy dikemukakan dalam bentuk excel)

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan dalam bentuk hard copy dan soft copy kepada Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR sebelum atau pada 13 Jun 2019 di alamat:

                           
                          Ketua Bahagian Pembangunan Skim KejuruteraaN
                          Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
                          Ibu Pejabat JKR Malaysia
                          Tingkat 30, Menara Kerja Raya (Blok G)
                          Jalan Sultan Salahuddin
                          50480 KUALA LUMPUR

bpsk [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

Fatihah.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))


Sebarang pertanyaan berhubung urusan permohonan ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai berikut:

  1. Ir. Zorina Binti Abd Hamid                                          -           03-2618 8652
    zorina.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))
     
  2. Nur Fatihah Binti Abdullah                                          -           03-2618 8654
    Fatihah.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))

 

Hanya permohonan daripada calon-calon yang memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam hebahan ini akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.