Date: Isnin, Oktober 11, 2021

Program Virtual Outreach AKRAB JKR Malaysia Tahun 2021 bertemakan Menangani Cabaran Psikologi di Era Pandemik telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Oktober 2021 (Rabu) secara dalam talian. Program Virtual Outreach AKRAB JKR pada kali ini menampilkan kelainan apabila diadakan secara aplikasi dalam talian sesuai dengan norma baharu pada masa kini.

Program pada kali ini telah dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, AKRAB JKR Malaysia dan JKR Negeri Pulau Pinang.

Program ini telah disiarkan melalui aplikasi webex dan juga  melalui saluran FB live dihalaman Facebook JKR Pulau Pinang dan AKRAB JKR. Program ini telah dihadiri seramai 120 peserta dari seluruh JKR Negeri Pulau Pinang. Antara program yang telah diadakan adalah:

  1. Sesi Taklimat Pengenalan AKRAB JKR Malaysia
  2. Sesi Ceramah Motivasi bertajuk Coronavirus: Terganggukah Emosi Aku? oleh Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Kerja Raya Malaysia
  3. Sesi Perkongsian ilmi mengenai pengalaman bekas pesakit COVID 19 dan Pengurusan Jenazah pesakit COVID 19.

Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat maklum balas yang positif dari pelbagai pihak khasnya dari warga JKR Pulau Pinang dan penonton laman facebook amnya. Program ini telah menekankan bahawa kewujudan AKRAB JKR memainkan peranan yang penting dalam membantu warga JKR keseluruhannya dari segi sokongan emosi mahupun bantuan lain berbentuk sumbangan bahan makanan dan barangan keperluan. Di samping itu juga, bantuan dari pelbagai pihak selain AKRAB JKR juga telah digerakkan kepada kakitangan yang terjejas dengan pandemik COVID 19 membuktikan bahawa Pengurusan JKR amat cakna dan prihatin terhada warga kerja JKR.

Sesungguhnya platform AKRAB ini adalah cerminan kepada komitmen serta sokongan padu terhadap usaha JKR Malaysia mewujudkan modal insan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga kerja JKR. Warga kerja yang berkualiti mampu bekerja secara efektif dan efisien yang dapat meningkatkan daya saing jabatan yang menjadi contoh kepada masyarakat.

Aturcara Program Virtual Outreach bersama JKR Pulau Pinang

Ucapan Aluan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK)

Ucapan Perasmian oleh YBrs. Ir. Dr. Balamurugan A/L A. Gopal, Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang

Antara peserta yang telah menyertai Program Virtual Outreach secara dalam talian 

Taklimat AKRAB JKR oleh Puan Sarimah Ahmad, Pengerusi AKRAB JKR

Ceramah bertajuk Coronavirus: Terganggukah Emosi Aku? Oleh Dr. Amran Hassan.

En Fidri Ali selaku moderator bagi Sesi perkongsian Ilmu oleh bekas pesakit Covid-19 oleh En. Muhammad Zaki (gambar atas) dan Pengurusan jenazah pesakit Covid 19 oleh Ir.Ts. Mohd Hazery (gambar bawah)