Date: Jumaat, Februari 28, 2020

Laporan Penyertaan Jkr Dalam Kejohanan Indoor (Catur) Makswip 2020

Kejohanan Catur Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah diadakan pada 22 dan 23 Februari 2020 (Sabtu dan Ahad) berlangsung di Dewan Mezzanine JPA, Blok C1, Kompleks C, Putrajaya.  Pertandingan ini disertai melebihi 20 pasukan mewakili Jabatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) JPA, merangkap Yang Dipertua MAKSWIP turut meluangkan masa melawat arena pertandingan ini pada hari pertama.

Datuk KPPA melawat arena pertandingan

 

Jabatan Kerja Raya telah menyertai saingan ini dengan dua penyertaan pasukan (JKR A dan JKR B) dan lima penyertaan individu yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan yang telah dipilih. Dalam pengiraan mata bagi kategori berpasukan, JKR B telah mendapat tempat ke 9 manakala JKR A mendapat tempat ke – 12 daripada 24 pasukan yang bertanding. Pasukan Catur JKR tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang Naib Juara Keseluruhan kategori individu wanita, yang dimenangi oleh Ir Zaleha binti Solehuddin.

Keputusan Individu Wanita

 

                            

 

Dengan kemenangan ini, Ir Zaleha akan menyertai pasukan Makswip sebagai wakil Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Catur Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) dalam peringkat Kebangsaan. Kejayaan Pasukan Catur JKR diraikan dalam sesi penghargaan oleh Dato Ir. Hj Zulkefly Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Pakar) pada 26hb Februari 2020. Turut hadir Pengarah Kejuruteraan Ir Hj Mohd Noor Azudin Bin Hj Mansor.

Sekalung ucapan penghargaan dan tahniah buat Ir Zaleha, semoga wakil tunggal JKR dapat mengharumkan nama Jabatan dalam sukan catur di Kejohanan Catur MAKSAK peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 12-15 Mac 2020.

Senarai Nama Wakil JKR yang menyertai Pertandingan Catur MAKSWIP 2020

Bil

Nama

Cawangan

1

Mohammad Nasoha Bin Nasri – Pengurus Pasukan

CDPK

2

Ir. Shamsuddin Bin Sabri

Pengarah Kejuruteraan Pakar, Perancangan dan Pembinaan, Cawangan Jalan

3

Ir. Zaleha Binti Solehuddin

PMO, CKAS

4

En. Luqman Hakim Bin Mohd Sofian

CKAS

5

Cik Siti Norasikin Binti Mahmud

CKAS

6

En. Ahmad Fadzlan Bin Mohamed Shahiri

CKM

7

En. Dzul Farid Izmer Bin Mohd Fadzil

CKM

8

En. Muhammad Shahmizul Bin Muhammad Salleh

CKUB

9

Pn. Noor Fatiha Binti Razali

CA

10

Sr Mohammad Harith Bin Mohd Yunos

CKBA 1

11

En. Razalie Bin Rosli

CKIP

12

En. Razaman Bin Udin

JKR Putrajaya

13

En. Adli Aiman Bin Abdul Rauf

CKS

14

En. Ab Muizz Bin Muhammad

CDPK

 

KEPUTUSAN KEJOHANAN INDOOR GAMES (CATUR) MAKSWIP 2020

BERPASUKAN LELAKI

Juara : Suruhanjaya Security

Naib Juara : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Ketiga Bersama : Kementerian Pendidikan dan PERKESO

 

INDIVIDU LELAKI

Juara : Encik Kamalarifin  Wahiduddin (DBKL)

Naib Juara : Encik Rizal Ahmad Kamal (JKDRM)

Ketiga : Encik Mohd Zambri Mohd Shariff (DBKL)

Keempat : Encik Dinesh Siddharthan Manoharan (SC)

Kelima : Encik Nicholas Chong Ing Hooi (SC)

 

INDIVIDU WANITA

Juara : Puan Aida Zakaria  Rozi (KPSB)

Naib Juara : Puan Zaleha Salehoddin (JKR)

Ketiga : Puan Nurulhuda Abd Nasir (Audit)

Keempat : Puan Nur Diyana Sakinah Muhd Rusdi (HUKM)

Kelima : Puan Nor Aisah Ab Razak (KKMM)