Date: Khamis, Mei 28, 2020

KEJOHANAN CATUR MAKSAK MALAYSIA 2020 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Ixora Hotel Prai, Bandar Perai Jaya, Pulau Pinang pada 12-15 Mac 2020. Seramai 16 kontinjen dari semua negeri di Malaysia termasuk Angkatan Keselamatan iaitu ATM, PENJARA dan PDRM telah menyertai kejohanan ini.

Kontinjen MAKSWIP (KUALA LUMPUR) berada di tempat kedua setelah pusingan ke-7

 

Kemenangan kontinjen MAKSWIP KL menentang PAHANG (1-0)

 

Kontinjen MAKSWIP merangkul Tempat ke-2 (Naib Johan) dengan pulangan hadiah piala dan wang tunai RM700 serta medal untuk pemain.​

 

Pegawai JKR dari Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) iaitu Ir. Zaleha Bte Salehoddin yang mewakili kontinjen MAKSWIP sebagai wakil Wilayah Persekutuan telah dipilih untuk turut serta dalam kejohanan Catur Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK). Kontinjen MAKSWIP terdiri daripada gabungan 5 pemain lelaki dan 2 pemain perempuan. Beliau bersama kontinjen MAKSWIP telah membawa pulang dengan kejayaan merangkul tempat kedua (Naib Johan) setelah bermain sehingga 7 pusingan.

Kejayaan Ir Zaleha diraikan dalam sesi penghargaan oleh Tuan Pengarah Kejuruteraan Pakar Struktur (Menjalankan Tugas Pengarah Kanan) CKAS, Ir. Hj. Mohd Noor Azudin Bin Hj. Mansor. Turut hadir Pengarah Khidmat Rekabentuk, Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik dan Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Ir. Noreha bte Nordin (Menjalankan Tugas).

Tahniah dari seluruh warga JKR di atas kejayaan merangkul naib johan dan telah mengharumkan nama JKR Malaysia diperingkat kebangsaan dalam Kejohanan MAKSAK Malaysia 2020. Syabas dan Tahniah.

(Artikel berita telah dikemukakan untuk muatnaik pada 27 Mei 2020)