Date: Rabu, Julai 20, 2022

Pada 19 Julai 2022 (Selasa), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima lawatan daripada Bahagian Dasar Sumber Manusia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh YDH SAC Dato' Nurulhuda Binti Mohd Salleh berserta 5 orang pegawai kanan PDRM yang lain.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman Jabatan Kerja Raya dalam pelaksanaan dasar penempatan dan pembangunan kerjaya pegawai pengurusan dan professional JKR serta pembangunan laluan Subject Matter Expert (SME) JKR.

Program lawatan bermula dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat Mutiara 1, Aras 1, Menara Kerja Raya yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK). Taklimat disampaikan oleh Ir. Janari Bin Sekeli dari Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan CDPK.

JKR Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas lawatan tersebut dan berharap ianya telah mencapai tujuan lawatan.