Date: Isnin, Ogos 8, 2016
Delegasi lawatan tersebut adalah seperti nama-nama berikut:
Pejabat Pesuruhajaya Tinggi Bangladesh di Malaysia telah mengadakan lawatan ke Menara Kerja Raya pada 04 Ogos 2016, jam 2.15 petang
Delegasi lawatan tersebut adalah seperti nama-nama berikut:
Nama | Jawatan | Pejabat | |
01 | Dr. Md. Nazrul Islam | Deputy Secretary | Ministry of Finance |
02 | Mr. Shahanawaz Masud | Assistant Chief Architect | Department of Architecture |
03 | Mr. Md. Afsar Uddin | Executive Engineer | Public Works Department |
04 | Mr. Mohammad Mozammel Hossain Khan | Private Secretary to the Secretary | Ministry of Housing and Public Works |
05. | Ms. Tahomina Yesmin | Second Secretary | Bangladesh High Commission in Kuala Lumpur |
Lawatan dimulakan dengan sesi pembentangan oleh JKR, yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Pengenalan kepada JKR dibentangkan secara ringkas oleh wakil daripada Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat. Sesuai dengan tujuan utama lawatan, perkongsian berkenaan Inisiatif Hijau serta Kecekapan Tenaga JKR telah dibentangkan oleh wakil daripada Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT).
Seterusnya, pertemuan diteruskan dengan sesi soal jawab dan lawatan ke komponen utama Menara Kerja Raya. Sesi lawatan berakhir pada jam 5.00 petang.
- 792 bacaan