Pada 20 dan 21 Disember 2016, delegasi Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah JKR Negeri Sabah, YBrs. Ir. Ali Bin Ahmad bersama Ketua Penolong Setiausaha Jabatan Ketua Menteri Sabah, Pn. Jasmin Teo dan Syarikat GLC Kerajaan Negeri Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Putrajaya dan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendalami kontrak penswastaan penyenggaraan bangunan yang dilaksanakan oleh JKR Malaysia.
Lawatan pada hari pertama di JKR Putrajaya turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Ir Azizul Bin Ariffin dimulakan dengan taklimat mengenai Pengurusan Fasiliti (FM) bagi Bangunan Kerajaan oleh Timbalan Pengarah JKR Putrajaya, Tn. Ir. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid dan disusuli dengan lawatan ke beberapa bangunan yang dilaksanakan penyenggaraan bangunan secara FM.
Lawatan pada hari kedua dimulakan dengan kunjungan hormat ke Pejabat TKPKR (Sektor Bangunan) YBhg. Ar. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah B. Mohd Yunus. Timbalan Pengarah JKR Sabah juga berkesempatan untuk menandatangani buku pelawat JKR. Seterusnya YBhg. Ar. Dato' Sri Dr. Amer Hamzah B. Mohd Yunus mengiringi delegasi lawatan ke bangunan Menara Kerja Raya yang juga dilaksanakan penyenggaraan bangunan secara FM.
JKR Malaysia berharap agar lawatan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada Kerajaan Negeri Sabah mengenai penyenggaraan bangunan secara FM dan semoga jalinan muhibbah antara JKR Malaysia dan kerajaan Negeri Sabah akan lebih erat lagi untuk bekerjasama di masa akan datang.
- 1166 bacaan