Date: Isnin, Ogos 28, 2023

Lawatan oleh Jawatankuasa Pemuliharaan dan Warisan, Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) ke Kompleks Parlimen Malaysia telah diadakan pada 24 Ogos 2023 (Khamis). Lawatan ini adalah bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 untuk mewujudkan kesedaran tentang bangunan sejarah yang menjadi simbolik Malaysia sebagai sebuah negara, selepas kemerdekaan. 

Bangunan Parlimen Malaysia telah siap dibina pada tahun 1963 dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan direkabentuk William Ivor Shipley yang berkhidmat sebagai Arkitek JKR. Reka bentuk Bangunan Parlimen Malaysia ini adalah bercirikan imej kebangsaan yang mencerminkan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara yang sifat modernistik dan progresif. Antara skop lawatan adalah merangkumi kawasan Dataran Parlimen, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran serta Blok Utama yang merangkumi Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Pinnacle.

Seramai 31 delegasi daripada PAM telah disantuni oleh pasukan Projek Khas Cawangan Kerja Bangunan Am1 (CKBA1) yang diketuai oleh YBrs. Ir. Rahmat bin Rashib selaku Wakil Pegawai Penguasa bagi mewakili YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan CKBA1 selaku Pegawai Penguasa bagi Projek Cadangan Kerja – Kerja Naik Taraf dan Baik Pulih             Bangunan Parlimen Malaysia Fasa 2C (Il). Turut serta wakil dari Bahagian Pengurusan Projek 4 (BPP4, CKBA 1), Bahagian Kepakaran Konservasi, Cawangan Arkitek dan pihak Parlimen Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Parlimen Malaysia atas kesudian menerima lawatan delegasi PAM ke Kompleks Parlimen Malaysia.