Date: Isnin, Ogos 28, 2023

YBhg. Dato' Pengarah JKR CKP telah turun padang bersama Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg.Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya, Tuan Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan KPKR (Sektor Bangunan) yang turut disertai YH Datok’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi,  Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melihat salah satu projek inisiatif Mempercepatkan Pembangunan Sekolah Daif di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dapat disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan di SK Bandar Baru Bangi, Selangor.

Projek tersebut terletak di Selangor dan merupakan antara salah satu (1) projek daripada tiga (3) projek rintis menerusi agenda Ekonomi MADANI selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri. Bagi menjayakan projek ini, JKR telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek.

Tahniah kepada warga CKP selaku Pengurus Program, JKR Selangor sebagai HOPT dan seterusnya JKR (D) Hulu Langat sebagai Pegawai Penguasa projek yang terlibat secara langsung bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh yang disasarkan, efektif dan berkualiti.