Date: Selasa, Januari 14, 2025

Labuan, 13 Januari 2025 - Sesi Taklimat Ringkas berhubung status perancangan pelaksanaan Projek Menaiktaraf Jeti Terminal Feri Kenderaan dan Penumpang W.P Labuan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR W.P. Labuan kepada YB. Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah dilaksanakan bersempena Lawatan Turun Padang YB Menteri ke Terminal RoRo, W.P. Labuan.

Sesi taklimat ringkas ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBrs. Ir. Ts. Azali bin Ardy, Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan), YBrs. Tuan Fadzilah bin Hj. Mahmud, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan), YBrs. Tuan Alimuddin bin Amirudin, Pengarah Jabatan Laut Malaysia, W.P. Labuan dan YBrs. Ir. Mohd Zamri bin Abdullah, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan, (HOPT) Ibu Pejabat, JKR Malaysia.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM22 juta untuk kerja-kerja menaik taraf Kompleks Jabatan Laut Labuan, seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Sesi Santai pada 31 Mei 2024. Peruntukan ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di Terminal Feri Roll-on Roll-off (RoRo), termasuk penambahbaikan pada jeti dan tanjakan feri. Langkah ini diambil bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan keselesaan pengguna terminal berkenaan.

Antara skop kerja yang dicadangkan bagi projek ini adalah;
  1. Kerja-kerja pelebaran ruang menunggu;
  2. Pembaikan struktur ramp utama dan naiktaraf ramp kedua;
  3. Kerja-kerja membina baru bangunan ruang menunggu;
  4. Kerja-kerja menaiktaraf kawasan hard standing;
  5. Kerja-kerja pembinaan kaunter tiket;
  6. Kerja-kerja ubahsuai bangunan Terminal Feri RoRo; dan
  7. Lain-lain kerja berkaitan.

JKR sebagai agensi pelaksana akan memastikan Amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh integrity bagi mencapai matlamat Kerajaan serta memastikan projek ini dapat dilaksanakan sepertimana yang telah ditetapkan dalam kontrak.

#IamJKR #KitaJKR JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat