Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah mengadakan lawatan kerja dan libat urus ke PETRONAS Research Sdn. Bhd. Lawatan ini telah disertai oleh warga Bahagian Pengurusan Skim Kejuruteraan (BPSK), Bahagian Pengurusan Khidmat Sokongan (BPKS), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan juga wakil daripada Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE). Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Hj. Zarabizan bin Hj. Zakaria, Ketua Bahagian Bahagian Pengurusan Perubahan & Prestasi (BPPP).
Objektif lawatan ini adalah untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan bertukar pandangan serta idea perihal berkaitan amalan pengurusan terbaik sumber manusia termasuk inovasi dan inisiatif yang diamalkan ke arah keberhasilan perkhidmatan yang cemerlang bertaraf dunia.
Delegasi daripada JKR dibawa ke galeri PETRONAS yang memaparkan sejarah penubuhan, inovasi dan teknologi termasuk Research and Development (R&D) yang berjaya dihasilkan. Sesi taklimat telah diadakan yang telah diketuai oleh En. Khairuddin bin Mohd Jaafar yang merupakan Head, Government Strategy, Planning & Performance, Corporate Strategy, PETRONAS. Taklimat merangkumi pengurusan sumber manusia, kompetensi, pengoperasian, R&D dan lain-lain lagi informasi yang menjadikan PETRONAS kekal berdaya saing, tangkas, lestari dan kekal teguh berada di pasaran.
Lawatan kerja dan libat urus ini amat memberi manfaat kepada delegasi JKR terutamanya sebagai motivasi serta pendorong kepada keupayaan penciptaan idea dan inisiatif strategik yang baru, unik dan bermanfaat, sekali gus berupaya meningkatkan kecekapan sesuatu proses serta penyampaian perkhidmatan di tempat kerja.
Akhir lawatan, cenderahati serta sesi bergambar kenangan telah diadakan sebagai simbolik tanda penghargaan dan terima kasih kepada pihak PETRONAS.
- 1365 bacaan