Date: Khamis, Julai 28, 2022

Lawatan kerja YBhg. Dato'  Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Keua Pengarah Kerja Raya Malaysia ke Tapak Projek Menaiktaraf Jambatan FT001/724/5 Merentasi Sungai Kerian Dan Membina Jejanbat Merentasi Persimpangan Jalan Persekutuan Ke Jalan Transkrian FT001/FT283 Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. 

YBhg. Dato' Seri Ir. KPKR mengingatkan pasukan projek agar dapat menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan walaupun menghadapi pelbagai masalah di tapak. 

Traffic Management Plan (TMP) perlu dilaksana sepertimana yang ditetapkan memandangkan kadar trafik yang tinggi di sepanjang kawasan pembinaan.

Turut hadir Pengarah Pembinaan Cawangan Jalan, Wakil Pegawai Penguasa Utama, perunding dan kontraktor.

“Ke Arah Sifar Projek Sakit Tahun 2022”