Date: Rabu, Mei 24, 2023

Lawatan kerja oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU) ke Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berlangsung pada 19 Mei 2023 pada pukul 3.00 petang di Menara Kerja Raya Blok G.

Ketibaan YBhg. Datuk Seri KSU telah disambut oleh barisan pengurusan JKR yang terdiri daripada YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs, Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Malik, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBhg. Dato’ Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

YBhg. Datuk Seri KSU telah diiringi ke Aras 2, Menara Kerja Raya untuk menandatangi buku lawatan dan seterusnya ke Bilik Mesyuarat Belian untuk taklimat. Turut hadir bersama adalah Pengarah-pengarah Kanan JKR dan Pengarah Cawangan di Ibu Pejabat JKR.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya yang menerangkan struktur organisasi JKR, peranan-peranan setiap cawangan dan negeri serta projek-projek yang dilaksanakan oleh JKR.

Setelah selesai taklimat dan sesi interaksi di Bilik Mesyuarat Belian, YBhg. Datuk Seri KSU telah dibawa melawat Pejabat KSU di Aras 34 dan juga Bilik Mesyuarat Menteri di Aras 35. Lawatan berakhir di Aras 35 dan YBhg. Datuk Seri KSU telah berangkat pulang pada pukul 5.00 petang.