Date: Khamis, Januari 7, 2021

Gua Musang, 03 Januari 2021 – YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan.

Turut mengiringi Ybhg. Dato’ Seri KSU KKM adalah Dato’ Sarul Bahiyah Haji Abu Setiausaha Bahagian Kanan KKM, Dr. Nordin Bin Saleh Pengarah Bahagian Perancangan KKM, Ir. Tauran Zaidi Bin Ahmad Zaidi Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, Dato’ Dr. Zaini Bin Hussin Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Mohd Rafiq Bin Mohd Kasri Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang dan Pn. Zaidah Binti Ibrahim Jurutera Awam Penguasa Kanan Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia.

Ketibaan Ybhg. Dato’ Seri KSU KKM disambut oleh Ir. Shukri Bin Ishak Pengarah JKR KESEDAR, En. Saifulmizam Abdul Majid Jurutera Awam Kanan (Selatan), En. Mazlan Bin Makhtar Jurutera Awam Kanan (Utara), pegawai-pegawai dan kakitangan JKR KESEDAR.

Seterusnya Ybhg. Dato’ Seri KSU KKM dan hadirin mendengar taklimat berkaitan projek yang disampaikan oleh Ir. Shukri Bin Ishak Pengarah JKR KESEDAR sebelum melawat ke seluruh bangunan Klinik Kesihatan (Jenis 7) Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan.

Pelaksanaan projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Limau Kasturi yang menggunapakai Pelan Piawai atau Pre-Approved plans (PAP) yang bermula pada 26/02/2019 dan dijangka siap  pada 09/06/2021 dengan kos asal sebanyak RM 4,927,272.00. Dengan pelaksanaan projek ini akan memberi kemudahan kepada 10 ribu penduduk setempat merangkumi 4 buah kampung iaitu Kg. Limau Kasturi 1, Kg. Limau Kasturi 2, Kg. Limau Kasturi Fasa 2 dan Kg. Serian Bt.10, Bt 11 & Bt.12.