Date: Isnin, September 27, 2021

Menteri Kementerian YB Khairy Jamaluddin telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Hospital Petrajaya di Kuching pada 26 September 2022. Jabatan Kerja Raya Malaysia merupakan agensi pelaksana yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melaksanakan Projek Cadangan Pembinaan Hospital Petrajaya (300 katil), Petrajaya, Kuching, Sarawak (Reka dan Bina) – Tender Semula . Projek yang kini dalam tempoh pembinaan, sedang dilaksanakan oleh kontraktor penyiap iaitu Blackfox Engineering Sdn. Bhd. Tarikh Milik Tapak kepada kontraktor penyiap adalah pada 20 Januari 2021 manakala tempoh pembinaan adalah selama 156 minggu iaitu sehingga 7 Januari 2024.

Kontraktor terdahulu, syarikat Zecon Berhad, ditamatkan pada 2 Ogos 2018. Peratus kemajuan fizikal ketika projek ditamatkan adalah 30.43%.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham dan Timbalan Menteri Datuk Aron Ago Dagang.