5 Ogos 2024 (Isnin) – Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Bangunan, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab Khalik telah mengadakan Lawatan Kerja bagi Projek Naik Taraf & Baik Pulih Bangunan Parlimen Fasa 2C (II) dan Kerja Baik Pulih Sistem Kamera Keselamatan CCTV Bagi Kompleks Parlimen Malaysia, Kediaman Rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat & Dewan Negara Serta Taska Parlimen Malaysia
Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Penguasa, YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman Bin Md Hashim, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1); Wakil Pegawai Penguasa Utama (WPPU) Ar IDr. Suzana binti Amat dan Pasukan Projek Khas CKBA 1. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Ketua Jurutera Parlimen Malaysia Ir. Zulfaizal Bin Mat Zin serta wakil dari pihak kontraktor utama Blackfox Engineering Sdn Bhd. (BFE).
Sebagai tanda penghargaan, lawatan ini diteruskan dengan sesi bergambar serta penyampaian cenderahati sebagai kenangan sebelum lawatan kerja sekitar projek Bangunan Parlimen dijalankan.
Lawatan kerja oleh YBhg. Dato’ TKPKR ini bertujuan untuk meninjau kemajuan projek yang merangkumi skop berikut:
- Naik Taraf & Baik Pulih Bangunan Parlimen Fasa 2c (Ii)
- Kerja Ubahsuai
- Dewan Persidangan
- Galeri Parlimen
- Kerja Konservasi dan Naik Taraf
- Blok Menara
- Pintu Masuk Utama
- Kerja Baharu
- Parkir Bertingkat dan Balai Pengawal
- Jalan dan laluan Pejalan Kaki Berbumbung
- Pondok Pengawal II
- Pagar
- Kerja Ubahsuai
- Kerja Baik Pulih Sistem Kamera Keselamatan CCTV Bagi Kompleks Parlimen Malaysia, Kediaman Rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat & Dewan Negara Serta Taska Parlimen Malaysia
- Naiktaraf Bilik Kawalan Utama dan Bilik AHU 9 di Blok Utama
- Penggantian Display CCTV kepada Video Wall di Bilik Kawalan Blok Utama.
- Pertambahan Infra Network bagi CCTV (Integrated).
- Pertambahan, Penggantian dan naiktaraf spesifikasi kamera CCTV.
- Pertambahan dan naiktaraf server, storage sistem CCTV dan lain-lain.
- Konfigurasi sistem CCTV secara berpusat di Bilik Kawalan Utama, Blok Utama.
- 1097 bacaan