Date: Selasa, Mei 9, 2017

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Pakar, YBhg. Dato' Ir. Mohd Fazli bin Osman telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Serdang, Selangor pada 2 Mei 2017. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh Ir. Hj. Zainal Abidin bin Saidun, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (PCKP) selaku Pengarah Projek.

Program lawatan ini bertujuan untuk melihat kemajuan fizikal projek terutamanya bagi kerja-kerja elektrikal. Beliau juga melihat rekabentuk sistem elektrik bagi Projek HPUPM dengan merujuk kepada lukisan pembinaan serta penerangan yang diberikan oleh pihak pasukan projek, kontraktor dan perunding projek ini.

Seterusnya YBhg. Dato’ TKPKR telah mengingatkan semula amanat serta hasrat YBhg. Dato’ Sri KPKR agar semua kakitangan dapat berganding bahu dalam melaksanakan tugas dengan tekun, bekerja sebagai satu pasukan, berintegriti, kreatif dan inovatif. Nilai-nilai positif dalam melaksanakan kerja ini akan dapat menzahirkan sebuah projek yang disiapkan sepertimana yang dikehendaki oleh pihak pelanggan.

Selain itu, YBhg. Dato’ TKPKR berhasrat supaya pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP) semasa, dokumen kontrak dan penggunaan amalan terbaik (Best Practise) perlulah dipertingkatkan di dalam pelaksanaan projek.