Date: Jumaat, April 7, 2017

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg. Dato’  Ir. Hj Mohd Fazli Bin Osman  telah mengadakan lawatan kerja bagi program Sekolah Dhaif bagi Semenanjung Malaysia di Negeri Sembilan & Melaka pada 23 & 24 Feb 2017,  Pahang & Johor pada 6 & 12 Mac 2017.

Program lawatan ini bertujuan untuk meninjau ketersediaan tapak projek dari segi  keadaan tapak bangunan, bekalan elektrik, bekalan air dan lain-lain . YBhg. Dato’ TKPKR Pakar juga menyarankan kepada semua JKR Daerah yang terlibat dengan program tersebut agar dapat memastikan semua urusan yang berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Utiliti dapat diambil tindakan awal demi memastikan kelancaran pelaksanaan projek. 

Program diteruskan dengan taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh semua Tn. Jurutera Daerah yang terlibat iaitu Negeri Sembilan (Seremban & Rembau), Melaka (Melaka Tengah), Pahang (Kuantan & Pekan) dan Johor (Johor Bahru & Batu Pahat).

Seterusnya YBhg. Dato’ TKPKR Pakar menyampai serta mengingatkan semula amanat serta hasrat YBhg.Dato’ Sri KPKR dan pihak pengurusan atasan JKR. Antara amanat yang disampaikan adalah:

  • Akan hasrat KPKR dalam mengangkat semula JKR sebagai ‘the choice consultant’ kepada Kementerian pelanggan.
  • Bekerja sebagai satu pasukan agar kegemilangan JKR dapat dikembalikan.
  • Tahun 2017 merupakan tahun penyampaian, maka semua projek mestilah dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, kos yang optimum dan kualiti yang telah ditetapkan.Penyiapan projek perlu mencapai berdasarkan
  • Melaksanakan kerja dan tugasan yang diberikan dengan baik dan berintegriti.
  • Setiap pelaksanaan tugas dan kerja yang dipertanggungjawabkan wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan, mendokumentasikan segala proses kerja dan sebaik-baiknya setiap keputusan atau tindakan yang diputuskan seharusnya dibuat dalam bentuk jawatankuasa.
  • Menggunakan amalan terbaik ‘best practices’ dalam pelaksanaan projek.
  • Melaksakan kerja dengan jujur dan amanah kerana ianya merupakan satu ibadah.

Lawatan kerja ini  turut dihadiri oleh Pengarah  dan Timbalan Pengarah JKR Negeri. YBhg. Dato’ TKPKR Pakar juga turut melawat ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri untuk bertemu semua kakitangan CKE.