Date: Jumaat, April 7, 2017

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg. Dato’  Ir. Hj Mohd Fazli Bin Osman  telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Perak, Kedah dan Pulau Pinang  pada 20, 26 & 27 Mac 2017.

Program lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat kemajuan projek di tapak serta mendapatkan maklumbalas ke atas isu-isu dan risiko ke atas pelaksanaan projek. Taklimat kemajuan projek telah disampaikan oleh semua Wakil Penguasa Projek di tapak.

Seterusnya YBhg. Dato’ TKPKR Pakar telah menyampai serta mengingatkan semula amanat serta hasrat YBhg.Dato’ Sri KPKR agar semua kakitangan dapat berganding bahu dalam melaksanakan tugas dengan tekun, bekerja sebagai satu pasukan, berintegriti,kreatif dan inovatif. Selain itu, pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) semasa serta peggunaan amalan terbaik ‘best practices’ perlulah pertingkatkan di dalam pelaksanaan projek.

Selain daripada itu, YBhg. Dato’ TKPKR Pakar mengingatkan akan tahun 2017 adalah merupakan tahun penyampaian. Justeru itu, semua projek perlu dilaksanakan dalam tempoh yang telah dipersetujui dan disiapkan dengan ‘3 in 1’.

Lawatan kerja ini  turut dihadiri oleh Pengarah  dan Timbalan Pengarah JKR Negeri. YBhg. Dato’ TKPKR Pakar juga turut melawat ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri untuk bertemu dengan semua kakitangan CKE.