Date: Isnin, Ogos 8, 2022

06.08.2022 (Sabtu) 2.30pm

Lawatan Kerja YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia ke Tapak Projek Menyiapkan Baki Kerja Terbengkalai Bagi Cadangan Pembinaan Hospital Petrajaya (300 Katil) Petrajaya Sarawak -Tender Semula.

Antara yang dibincangkan ialah status semasa projek yang mendahului jadual dan perancangan serta komitmen kontraktor bagi memastikan projek dapat disiapkan pada tahun 2024.

Turut hadir ialah Puan Sr Thalasiah Binti Mohd Saad (menjalankan tugas Pengarah PPK2), En Morni Bin Buang iaitu Wakil Pengarah Projek (WPP) Utama, wakil dari WPP (Pakar), perunding dan kontraktor.