Date: Isnin, March 2, 2020

Tanah Merah, 25 Februari 2020 – Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Dato` Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman membuat lawatan kerja ke Unit JKR KESEDAR.

Ketibaan Dato` TKPKR (Sektor Pakar) disambut oleh En. Shukri bin Ishak, Pengarah Unit JKR KESEDAR dan Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, mantan Pengarah Unit JKR KESEDAR, bersama pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR.

Dato` TKPKR (Sektor Pakar) seterusnya menandatangani buku kehadiran pelawat sebelum dibawa melawat ke semua bahagian di pejabat ini.

Seterusnya, Dato` TKPKR (Sektor Pakar) dibawa ke Dewan Wawasan Unit JKR KESEDAR yang didahului dengan ucapan aluan oleh En. Shukri bin Ishak dan ucapan amanat oleh Dato` Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman kepada pegawai dan kakitangan Unit JKR KESEDAR serta merasmikan Buku Laporan Tahunan Unit JKR KESEDAR 2019. Dato` TKPKR (Sektor Pakar) juga diraikan dengan pulut kuning di atas kenaikan pangkat baru beliau iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar).

Dato` TKPKR (Sektor Pakar) dibawa melawat kawasan persekitaran pejabat Unit JKR KESEDAR serta diberi penghormatan untuk menanam pokok herba seterusnya menandatangani perasmian Laman Herba Unit JKR KESEDAR dan sesi bergambar bersama kakitangan Unit JKR KESEDAR.

Dato` TKPKR (Sektor Pakar) turut dibawa melawat tapak projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Bahagia, Kuala Krai, Kelantan dengan menaiki bot selama 45 minit yang menyelusuri sungai Kelantan untuk melihat sendiri keadaan tapak projek di sana. Seterusnya Dato` TKPKR (Sektor Pakar) menjamu selera makanan tempatan yang begitu menyelerakan.