Date: Isnin, March 16, 2020

Pada 9 Mac 2020, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan lawatan kerja ke Sektor Infra yang merangkumi Cawangan Jalan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan.

Lawatan kerja tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5 di Blok F.  YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd diiringi oleh YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Setiausaha Bahagian (Bahagian Pembangunan dan Penswastaan), KKR dan YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz, Pengarah Kanan Cawangan Jalan mewakili Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra).  Majlis diteruskan dengan sesi ucapan oleh YBhg. Datuk Badrul Hisham, seterusnya sesi pembentangan dari setiap cawangan di bawah Sektor Infra iaitu Cawangan Jalan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan. YBhg. Datuk  telah diberikan taklimat berkaitan skop kerja serta tugasan yang dilaksanakan daripada ke empat-empat Cawangan di bawah Sektor Infra. Lawatan kerja tersebut berakhir dengan YBhg. Datuk TKSU (D&P) melawat ke Bilik Gerakan Bencana, CSFJ di tingkat 10, Blok F.

Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharapkan Sektor Infra Ibu Pejabat JKR akan terus maju melangkah dalam mencapai visi dan misi JKR.  Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, TKSU (D&P) di atas kesudian beliau melawat ke Sektor Infra Ibu Pejabat JKR.