ALOR GAJAH, 24 Julai 2023 - CREaTE telah berpeluang membawa YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya melawat sekitar Bilik Kuliah, Makmal Penyelidikan Jalan dan Makmal Penyelidikan Struktur Konkrit & Alam Sekitar bagi meninjau fasiliti dan kemudahan yang ada di sini. Bersempena dengan lawatan ini juga turut diadakan sesi pembentangan inisiatif penambahbaikan yang ingin dilakukan di CREaTE oleh YBhg Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan.
Turut hadir sama dalam sesi lawatan ini YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Embong, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR), YBhg. Dato’ Ir. Hj Zulkipli bin Hj Nasri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBrs Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE serta Pengarah-Pengarah Bahagian.
- 1542 bacaan