Pada 8 Januari 2025, satu sesi lawatan dan perbincangan telah diadakan untuk meneroka potensi kerjasama antara Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) dan Kulliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sesi perbincangan ini berlangsung di bilik Main Conference Room, Kulliyah Kejuruteraan, UIAM, Gombak, Selangor, dan dipengerusikan oleh Ir. Dr. Nadiah binti Md Husain, Ketua Penyelidik Projek Penyelidikan.
Turut hadir sama dalam perbincangan ini adalah Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Ir. Dr. Haji Abdul Murad bin Zainal Abidin, serta beberapa pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Cawangan Jalan (CJ) dan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ).
Sesi ini merupakan maklum balas kepada lawatan pihak UIAM ke CREaTE pada 3 Oktober 2024, yang bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam penyelidikan berfokuskan penggunaan selulus fiber dalam campuran bahan turapan asphalt. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan prestasi bahan turapan dari segi kebolehkerjaan, kekuatan, dan ketahanan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 93 bacaan