Date: Isnin, Jun 15, 2020

Pada 10 Jun 2020, Unit BIM, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu telah menerima kunjungan delegasi dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), Markas Angkatan Tentera Malaysia yang diketuai oleh Lt. Kol Ar. Zaikel Anisa Bt. Mohd Isa. Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Ir. Alfred Sim Seck Puan amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan BIM di JKR.

Lawatan delegasi yang dihadiri oleh 13 orang pegawai ini merupakan satu inisiatif dan tanda sokongan Angkatan Tentera Malaysia dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi BIM dalam pelaksanaan projek-projek di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia disamping dapat memberi pendedahan dan gambaran kepada pegawai dari BPKP mengenai penggunaan aplikasi BIM dalam agensi kerajaan.

Program ini dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada pengarah BPPK dan diikuti oleh taklimat pengenalan BIM oleh Unit BIM yang diketuai oleh En. Muhammad Khairi Bin Sulaiman serta demo perisian Autodesk Revit oleh Cik Ruzaireen Binti Kamaruzaman, Civil 3D oleh Pn. Zainariah Binti Zainal Abidin, Naviswork Manage oleh Ar. Mohammad Zaid Bin Saad dan taklimat pengurusan kontrak dan ukur bahan oleh Sr. Norafazarul Aini Binti Nordin. Seterusnya pihak BPKP telah mengadakan lawatan ke Unit BIM dan Studio Latihan BIM bagi melihat suasana persekitaran yang efektif dalam kejayaan pelaksanaan BIM.