Date: Selasa, November 7, 2023

Bersempena dengan kehadiran YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bagi merasmikan Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2023 pada 2 November 2023 (Khamis) yang lalu, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE turut mengambil kesempatan membawa melawat sekitar kawasan CREaTE dan Makmal Jalan. Turut serta dalam sesi lawatan ini, YBhg Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.  

Semoga dengan kehadiran YB Menteri Kerja Raya dan YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya ini, memberi suntikan semangat kepada seluruh warga CREaTE untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan visi penubuhannya menjadi sebuah pusat kecemerlangan kejuruteraan dan teknologi negara bertaraf dunia.

 

lawatan menteriKKR ke create

lawatan menteriKKR ke create

lawatan menteriKKR ke create

lawatan menteriKKR ke create

lawatan menteriKKR ke create

lawatan menteriKKR ke create

lawatan menteriKKR ke create

lawatan menteriKKR ke create

lawatan menteriKKR ke create