Date: Selasa, Februari 13, 2024

Satu Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Menara Kerja Raya (Blok G), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diadakan pada 5 Februari 2024. Rombongan lawatan ini adalah seramai lima belas (15) pegawai yang diketuai oleh Encik Khairul Hafiz bin Mohamad, Penolong Pendaftar, Hal Ehwal Pelajar, UPM. Objektif lawatan ini adalah untuk melihat secara langsung pelaksanaan EKSA di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia di samping sebagai persediaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM ke arah memperolehi pensijilan EKSA daripada pihak MAMPU.

Satu sesi taklimat yang dipengerusikan oleh Lt. Kol Bersekutu (PA) Ir. Haji Rani bin Harun, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Urus Setia Induk EKSA bagi Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diadakan bagi berkongsi berkenaan pencapaian dan pelaksaaan EKSA di Ibu Pejabat JKR Malaysia secara khususnya. Lawatan ke aras-aras yang terpilih juga telah diadakan bagi melihat secara fizikal pelaksanaan EKSA di Menara Kerja Raya (Blok G).

Akhir sekali, pihak Urus Setia Induk EKSA Ibu Pejabat JKR Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada pegawai yang hadir dan berharap atas perkongsian pengalaman ini  dapat mencapai matlamat dan perancangan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM untuk memperolehi pensijilan EKSA kelak.