Date: Selasa, March 25, 2025

Pada 19 Mac 2025, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) melalui Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK) telah menerima satu Lawatan Penanda Aras daripada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, (KKM) Putrajaya. Lawatan ini diketuai oleh Puan Putri Sherina Aizat Binti Abdul Aziz bersama-sama 22 pegawai lain yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Induk EKSA, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kunjungan mesra ini telah disambut oleh ​YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ir. Haji Abdul Rani bin Harun selaku Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, CDPK.

Sesi pembentangan ringkas berkenaan pelaksanaan EKSA di Jabatan Kerja Raya telah diadakan bagi menerangkan pencapaian dan pembudayaan EKSA secara menyeluruh di peringkat Jabatan. Selepas sesi pembentangan, lawatan secara fizikal telah dilaksnakan di beberapa aras terpilih di Menara Kerja Raya (Blok G). Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung amalan dan budaya EKSA yang telah dipraktikkan oleh warga JKR, di samping memberi pendedahan berkenaan elemen-elemen inovasi dan kreativiti yang telah dizahirkan oleh warga JKR Malaysia, khususnya di Blok G . 

Adalah diharapkan lawatan ini memberikan inspirasi kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya dalam mengatur strategi untuk melaksanakan EKSA dengan lebih cemerlang.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat