Date: Khamis, April 1, 2021

Pada 1 April 2021,Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia YBrs. Tuan Ir. Haji Azmi bin Ibrahim dan delegasi JPS Malaysia telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi Lawatan Penanda Aras Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) di JKR Malaysia.

Kunjungan telah disambut oleh Pengarah CDPK, Ybhg.Dato’ Ir. Hj.Masri bin Baharuddin selaku tuan rumah dengan sesi interaksi di Bilik Mesyuarat Berlian Aras 2,Blok G.

Lawatan ini diadakan bagi tujuan perkongsian ilmu dan saling bertukar pandangan berkenaan pelaksanaan SPB JKR sekaligus dapat membantu JPS untuk merancang pembangunan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) di JPS Malaysia kelak.

Dengan adanya lawatan ini, diharap JKR dan JPS dapat menjalinkan satu kerjasama yang erat dalam pengurusan kualiti dan pelaksanaan projek infrastruktur negara pada masa akan datang.