Date: Khamis, Oktober 10, 2024

Tanggal 9 Oktober 2024, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) melalui Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK) telah menerima satu kunjungan Penanda Aras Pengurusan Kualiti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).  Kunjungan ini telah disambut mesra oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat bersama ​YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ir. Haji Abdul Rani bin Harun, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, CDPK.  Seramai 11 orang pegawai dari JPS yang diketuai oleh YBrs. En. Khairul Anuar bin Abd. Rashid, Pengarah Bahagian Audit Prestasi bersama para pegawai wakil dari pelbagai bahagian termasuklah dari JPS Negeri telah terlibat di dalam lawatan ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan baik di antara jabatan teknikal negara di samping memenuhi hasrat JPS dalam mendapatkan gambaran terhadap kaedah penyeliaan dan pengurusan standard bagi persijilan yang telah dipraktikkan di peringkat JKR Malaysia.

Perkongsian bermanfaat menerusi pengalaman, khususnya mengenai kaedah pengurusan dan pengendalian persijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) oleh BPK, CDPK di peringkat JKR Malaysia telah memberi inspirasi kepada pihak JPS dalam membudayakan kualiti.

Alhamdulillah, selesai sesi lawatan oleh JPS bersama CDPK dan mereka sangat berpuas hati dengan perkongsian intelektual dan amat berharap agar jalinan kerjasama dapat diteruskan bersama JKR pada masa akan datang demi pembangunan negara tercinta.

#JasaKepadaRakyat
#KitaJKR
#JKRsynergy