Date: Khamis, Februari 27, 2025

27 Februari 2025 - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan delegasi dari Bahagian Reka Bentuk Awam dan Struktur (BRAS) dari JKR Negeri Selangor yang diketuai oleh Encik Wan Adib bin Wan Mohd Taufek, Jurutera Awam Kanan, J12 bersama lapan (8) ahli pasukan beliau. Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif JKR Selangor untuk mendapatkan pendedahan tentang pelaksanaan BIM di JKR Malaysia serta pendedahan kepada ahli pasukan BRAS mengenai aplikasi BIM di JKR.

Pihak CPAB telah diwakili oleh Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai, Jurutera Awam Kanan Unit Building Information Modelling (BIM), CPAB JKR untuk mengetuai sambutan kunjungan ini dan meluangkan masa berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan BIM di JKR.  

Antara intipati program adalah pembentangan dan demonstrasi penggunaan perisian Building Information Modelling (BIM) mengikut disiplin seperti berikut:

Bil.

Disiplin/Tajuk

Penceramah

1. Pengenalan dan Pembangunan Building Information Modelling (BIM) Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai

2.

Struktur

Nur Hafizah binti Abu Harith

3.

Koordinasi

Ts. Norsabrina Aine binti Mohamad Sabri


Diharapkan agar program ini dapat memberi gambaran sedikit sebanyak berkaitan pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) di JKR serta penggunaan aplikasi Building Information Modelling (BIM) dan meperkukuhkan lagi sinergi diantara Ibu Pejabat dan JKR Negeri, khususnya dalam ilmu pengetahuan dan teknolgi BIM.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat