Date: Selasa, Februari 18, 2025

17 Februari 2025 - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan delegasi Kolej Vokasional (KV) Muar yang diketuai oleh Puan Siti Fitriah binti M.Rosly, Pensyarah Teknologi Pembinaan, bersama dua (2) pensyarah pengiring dan 23 pelajar dari aliran Teknologi Pembinaan. Pihak CPAB yang diwakili oleh Ir. Ahmad Ridzuan bin Abu Bakar, Ketua Unit Building Information Modelling (BIM), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) JKR Malaysia mengetuai sambutan kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) di JKR.  

Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif Kolej Vokasional Muar untuk mendapatkan pendedahan tentang pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) di JKR Malaysia serta pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi Building Information Modelling (BIM) di JKR.

Program dimulakan dengan kata aluan oleh Ketua Unit Building Information Modelling (BIM) dan disusuli dengan ucapan balas wakil dari Kolej Vokasional Muar iaitu Puan Nurnazirah binti Muhamad Ramzi, Pensyarah Teknologi Pembinaan, yang menerangkan hasrat dan tujuan lawatan. Taklimat diteruskan dengan pembentangan pengenalan dan pembangunan Building Information Modelling (BIM) di JKR yang disampaikan oleh Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai, Pakar Rujuk Jabatan (SME BIM).

Program diteruskan dengan demonstrasi penggunaan perisian Building Information Modelling (BIM) mengikut disiplin seperti berikut:

Bil.

Disiplin

Penceramah

1

Arkitek

Nik Farah Elina binti Mohd Ramzi Shah

2

Struktur

Mohd Nor Afandi bin Ramani

3

Koordinasi

Ts. Norsabrina Aine binti Mohamad Sabri


Sebelum sesi lawatan berakhir, delegasi telah dibawa untuk melawat Studio Building Information Modelling (BIM), Tingkat 20, Menara PJD untuk menunjukkan kemudahan Building Information Modelling (BIM) yang telah disediakan untuk kegunaan pegawai di JKR.Sebagai tanda penghargaan dan kerjasama, program diteruskan dengan sesi bergambar serta pertukaran cenderahati oleh kedua-dua pihak.

Diharapkan agar program ini dapat memberi gambaran sedikit sebanyak berkaitan pelaksanaan BIM di JKR serta penggunaan aplikasi BIM di JKR kepada semua pelajar Kolej Vokasional Muar.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat