Date: Selasa, March 14, 2023

Lawatan YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya terus ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) JKR Melaka. Dalam lawatan ini, YB Timbalan Menteri dan rombongan diberikan taklimat berkaitan Sistem Lampu Isyarat Pintar (SLIP) oleh Pengarah JKR Melaka. YB Timbalan Menteri juga turut merasmikan Laman Artificial Intelligent (AI) CKE di perkarangan JKR Elektrik.

Usaha JKR Melaka bagi memastikan Melaka tidak dibelenggu dengan masalah kesesakan trafik sejak 2018 dengan memperkenalkan inisiatif Sistem Lampu Isyarat Pintar (SLIP) bagi mengurangkan kesesakan dan menjimatkan masa perjalanan kenderaan yang berada dalam kesesakan trafik. Pelaksanaan ini merupakan produk pintar yang mengintegrasikan lampu isyarat secara pintar menggunakan kaedah ‘Internet of Things’ (IOT).

Latar Belakang Perlaksanaan SLIP:

  • Tugasan pelarasan tempoh masa hijau (green wave synchronization - GWS) di 2 persimpangan iaitu Simpang 4 Gong (J5) dan Simpang 3 Air Terjun (J6)
  • Cadangan memperluaskan GWS melalui SLIP kepada seluruh laluan Lebuh Ayer Keroh (FT143) bermula dari Simpang 4 Perindustrian (J1) hingga Simpang 4 Padang Jambu (J7)
  • Kestabilan SLIP di FT143 telah dapat dicapai apabila purata tempoh perjalanan berjaya dikurangkan dari 25 minit ke 8 minit.
  • SLIP diperluaskan penggunaan kepada laluan utama yang lain iaitu Lebuh SPA (FT33) dan Lebuh AMJ (FT19)

Skop Kerja SLIP:

  • Memasang peralatan modem dan pembaikan gegelung induktif di semua simpang.
  • Membuat pautan di semua simpang.
  • Kajian fasa aliran trafik.
  • Membuat pelarasan masa di semua simpang.
  • Pemantauan melalui bilik kawalan SLIP.

Keberkesanan SLIP:

  • Perjalanan dari Simpang 4 Perindustrian Ayer Keroh ke Simpang 4 Padang Jambu (Dari Tol ke arah Bandaraya) dengan purata penjimatan : 67%
  • Perjalanan dari Simpang 4 Padang Jambu ke Simpang 4 Perindustrian Ayer Keroh (Dari Bandaraya ke arah Tol) dengan purata penjimatan : 62%

Pengiktirafan SLIP yang telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Inovasi Ketua Menteri (AIKM) melalui Pertandingan Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2022. Produk inovasi dinilai berdasarkan sumbangan kepada penghasilan ekonomi negara berpendapatan tinggi, signifikan dan berimpak tinggi di peringkat Negeri Melaka.

JKR Melaka komited akan perluaskan SLIP ini di berapa lokasi lain termasuk mengintegarsikan sistem ini dengan pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) iaitu di kawasan dalam Bandar.