Date: Rabu, Ogos 10, 2022

Lawatan YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya ke Projek Akademi Latihan Rela Sungai Udang, Melaka Fasa 2. Pemberian EOT 6 bulan melalui Inisiatif Tambahan Kerajaan Pasca Pandemik dalam Kontrak Kerja Kerajaan (PK2.4) telah menyelamatkan projek ini daripada sakit.

Untuk projek ini disiapkan pada tahun 2023, YBhg. Dato' Seri KPKR mengingatkan PPPN Melaka dan kontraktor agar meningkatkan kemajuan kewangan pada tahun 2022 supaya baki kos projek pada tahun 2023 lebih realistik.

Kerja-kerja NSC untuk mekanikal dan elektrikal perlu disiapkan pada tahun ini.

Turut hadir JKR Melaka, PPPN Melaka dan kontraktor.

“Ke Arah Sifar Projek Sakit Tahun 2022”