Date: Isnin, April 5, 2021

31 Mac 2021, Sendayan| Penyerahan sejumlah hampir RM 25,000.00 hasil sumbangan ikhlas warga JKR Malaysia kepada keluarga Allahyarham Mohd Zairul Affindy bin Abdul Rahman, 41 tahun yang telah meninggal dunia pada 24 Februari 2021 akibat kanser usus tahap empat.

Kutipan sumbangan ikhlas warga JKR Malaysia tersebut,  telah diserahkan oleh YBrs. Ir. Hj. Ashlie b. Hj. Abdul Rahim, Ketua Bahagian Sekretariat dan YBrs. Ir. Nor Aznita bt. Yusof, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK)  kepada isteri Allahyarham, Puan Hamidah bt. Zakaria di kediaman sewa Allahyarham di Sendayan, Negeri Sembilan.

Untuk makluman ,  Allahyarham meninggalkan tiga anak yang masih kecil dan  bersekolah, iaitu Dhia Irffan bin Mohd Zairul Affindy, (14 tahun), Hana Marissa binti Mohd Zairul Affindy (8 tahun) dan Dhia Harraz Mohd Zairul Affindy (6 tahun) dan isteri yang tidak bekerja.

Lawatan Ziarah Mahabbah ini turut dihadiri oleh isteri Ketua Pengarah Kerja Raya , iaitu YBhg. Datin Hjh. Zafia bt. Zainal Arifin dan isteri kepada Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat (CDPK) iaitu YBhg. Datin Hjh. Nor Azian bt. Dato’ Mohd Nordin, serta wakil Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) iaitu, Puan Noorhafiza bt. Mior Mohd Tahir,  Jurutera Awam Kanan.

Lawatan diakhiri dengan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ir. Ustaz Mohd Hazery b. Hj. Md Shamsi bagi mendoa’kan kesejahteraan ke atas Roh Allahyarham Mohd Zairul Affindy bin Abdul Rahman dan keluarga.

Segala keprihatinan dan titipan doa’ seluruh warga JKR Malaysia kepada Allahyarham dan keluarga amatlah dihargai dan semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang dihulurkan.

Firman ALLAH SWT :

“Sesungguhnya ALLAH SWT berserta  dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”

(Surah An-Nahl : 128)