Date: Jumaat, March 14, 2025

Pada 12 Mac 2025, satu sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Delima 5, Aras 1, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur, berkaitan Pelaksanaan Dasar Baharu Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Faizal bin Buang; Encik Ikhwan bin Tamat dan Puan Aliah Nazurah binti Aminuddin Shah daripada Sektor Pengiktirafan & Pembangunan Kepakaran (ERD), JPA.

Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin,Pengarah, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK). Seramai 22 orang pegawai JKR yang mewakili setiap disiplin telah hadir dan dibantu oleh Urusetia Induk dari Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK).

Taklimat ini telah berjaya menyampaikan informasi penting mengenai penyusunan dan perancangan semula pelaksanaan laluan pakar bidang khusus, serta memberi pendedahan kepada perubahan yang telah dirangka. Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan dasar Baharu Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus ini boleh dirujuk melalui laman web MyPPSM Ceraian U.P.6.1.2 : Dasar Baharu Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat