Date: Jumaat, Januari 28, 2022

Pada 28 Januari 2022 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) bagi tahun 2022 yang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis Amanat ini telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah dan peserta jemputan daripada Cawangan Ibu Pejabat. Majlis ini turut dipancarkan juga secara maya di Youtube Live (link is external).

Majlis Amanat KPKR tahun ini turut menggabungkan pelancaran, penyerahan dokumen dan pentauliahan seperti berikut:

  1. Pelancaran dan Penyerahan Dokumen Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 & Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Keluaran 07
  2. Penyerahan Dokumen Key Performance Index (KPI)
  3. Pentauliahan Program Pensijilan Pengurus Projek Bertauliah (CBAS) sesi 2021

Selepas menyampaikan ucapan amanat beliau, YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman (KPKR) juga telah melancarkan dan menyerahkan Dokumen Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) ISO 37001:2016 & Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Keluaran 07 kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali Bin Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bangunan), YBrs. Sr Amran Bin Haji Mohd Majid Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar), YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah Sektor Infra dan YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin (Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat) sebagai simbolik dan komitmen dalam menyerapkan unsur-unsur pengurusan anti rasuah Jabatan Kerja Raya.

Turut diserahkan adalah Dokumen Key Performance Index (KPI) bagi tahun 2022 kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali Bin Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bangunan), YBrs. Sr Amran Bin Haji Mohd Majid Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar) dan YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah Sektor Infra oleh YBhg Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman (Ketua Pengarah Kerja Raya).

Majlis diakhiri dengan penyampaian Pentauliahan Program Pensijilan Pengurus Projek Bertauliah (CBAS) sesi 2021 kepada Pengarah Kanan dan Pengarah Cawangan dan Negeri yang mewakili 126 penerima pentauliahan dan 10 orang  accessor bertauliah.

 

INTIPATI AMANAT YBHG. DATUK KPKR TAHUN 2022

(Untuk teks penuh ucapan dan slaid ucapan klik disini)

Dalam ucapan amanat YBhg. Datuk KPKR, beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada seluruh warga JKR sepanjang tahun 2021.

YBhg. Datuk KPKR memulakan amanatnya dengan ucapan penghargaan terhadap segala usaha warga JKR berkenaan bencana banjir.

Seterusnya beliau menekankan tentang lakaran-lakaran kejayaan yang dicapai oleh jabatan sepanjang tahun 2021 antaranya kejayaan sambutan HPTN 2021, Pencapaian KPI 100 hari YB Menteri Kanan Kerja Raya, Kejayaan CREaTE sepanjang ulang tahun ke-5, Kejayaan Projek Rintis Lampu Solar LED, serta pengtauliahan Pensijilan BIM JKR dan lain-lain.

Beliau turut menekankan berkenaan prestasi projek dan kewangan jabatan dimana, beliau berharap agar pencapaian positif tahun lalu dikekalan atau lebih baik lagi.

Di dalam ucapan amanatnya juga, beliau telah merujuk kepada prestasi KPI jabatan 2021 seterusnya menggariskan sasaran yang telah ditetapkan pada tahun 2022. Beliau berharap agar warga jabatan dapat berganding bahu dan berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.

Beliau juga turut menekankan inisiatif-inisiatif jabatan lain antaranya, Pencapaian pengeluaran Surat Setuju Terima (SST), penggunakan Mekanisme Pengukuran Prestasi Sektor Awam iaitu program MyGPI, Pencapaian tender online, pencapaian inovasi tahun 2021 dan penyediaan dokumen Service Level Commitment (SLC).

Merujuk kepada projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh jabatan, YBhg. Datuk KPKR mengajak warga bersama-sama menyiapkan sebanyak 250 Projek serta berusaha untuk mencapai “Ke Arah sifar projek sakit” dengan memperkasakan amalan-amalan pengurusan projek, terutamanya Leadership In Project Management.

Melihat ke hadapan, YBhg. Datuk KPKR menekankan tentang Pengurusan Aset yang boleh menjadi bisnes utama yang baharu kepada jabatan.

Di akhir amanatnya, beliau berharap agar seluruh warga JKR di Cawangan, Negeri dan Daerah untuk bertindak sebagai satu pasukan dalam Keluarga JKR bagi menaikkan nama Jabatan melalui B – Bijaksana, U - Usaha gigih, K – Komited, T - Teguh berpasukan, I – Integriti. Disamping itu, beliau juga menyeru agar posting media sosial jabatan di tag dengan hashtag #JasaKepadaRakyat.