Date: Rabu, Februari 10, 2021

Hari ini telah berlangsung Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya Tahun 2021 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman pada jam 9.00 pagi secara maya (youtube live JKR). Disediakan intipati amanat Ketua Pengarah Kerja Raya untuk informasi warga Jabatan Kerja Raya.

 

INTIPATI AMANAT KETUA PENGARAH KERJA RAYA 2021

 

  1. YBhg. Dato' KPKR mengucapkan terima kasih atas segala usaha, sumbangan dan komitmen semua lapisan warga kerja JKR dalam menjalankan tugas sepanjang tahun 2020.
  2. Satu cabaran besar kepada kita selaku pelaksana projek untuk menjayakan projek dalam norma baharu bagi tahun 2021 ekoran penularan pandemik Covid-19.

 

1) PENGIKTIRAFAN DAN KEJAYAAN JABATAN TAHUN 2020

  1. YB Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan Industri pembinaan perlu bergerak seiring dengan Industrial Revolution (IR 4.0). Warga JKR telahpun mengambil inisiatif memperkasakan inovasi dan teknologi terkini selaras dengan saranan YB Menteri.
  2. Tahniah dan syabas kepada semua yang penerima kejayaan dan memperoleh pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Antaranya
  • Anugerah Khas (Associaton of British Inventors and Innovators) MTE2020 untuk produk Smart Traffic Analytic & Recognition System dan Top 10 Best Invention Award iCAN2020 untuk produk Flexible Joint for Rainwater Down Pipe.
  • Pemasangan Speed Sign Radar di Daerah Klang dan Petaling, Selangor.
  • Gold – Medal Award bagi Product Category (Civil Engineering) yang turut merangkul Best in Category (Civil Engineering) bagi ciptaan inovasi iaitu Intelligent Counter Traffic Flow (I-COTF).
  • 36 bilangan produk inovasi JKR yang telah didaftarkan sebagai paten telah memasuki fasa pengkomersialan. 2 daripada 36 bilangan produk inovasi telah berjaya dikomersialkan iaitu alat reflektor pembahagi jalan dan longkang bertanggam.
  1. HPTN 2020 - capaian keseluruhan bagi program /aktiviti adalah sebanyak 1.05 juta tontonan.

 

2) DELIGHTING CUSTOMER

  1. Warga JKR perlu terapkan sense of belonging kepada Jabatan dan pastinya akan melahirkan perasaan ikhlas dan bersungguh-sungguh serta berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.
  2. Hasil kerja berkualiti akan membina kepercayaan sekaligus memperkukuh keyakinan pelanggan dan masyarakat kepada jabatan.

 

3) RANCANGAN MALAYSIA KE-12 (RMK-12)

  1. Semua warga diseru untuk meningkatkan pencapaian JKR dalam menyiapkan projek pembangunan yang diamanahkan serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
  2. Semua pegawai penguasa dan pengarah projek perlu memastikan tiada kluster baharu yang timbul dari tapak bina projek.
  3. Sehingga kini, JKR telah menerima 655 projek bernilai keseluruhan RM21.616 bilion.
  4. Pecahan peruntukan Jabatan bagi tahun 2021:
    1. Peruntukan Mengurus = RM1.2 bilion
    2. Peruntukan Pembangunan = RM6.088 bilion
  5. Kenal pasti kaedah baru agar projek- dapat dilaksanakan dengan segera dengan pada tahun ini. Antaranya mempercepatkan Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) yakni memastikan Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2021.
  6. Perancangan dan pelaksanaan projek-projek JKR perlulah dirancang dengan sebaik-baiknya dan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan Kementerian Kewangan akan memantau rapi prestasi perbelanjaan setiap Kementerian agar peruntukan tersebut dibelanja sepertimana yang direncanakan.

 

4) TENDER SECARA ONLINE

  1. JKR telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan tender secara atas talian bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam tidak terjejas.
  2. CKUB telah menyediakan SOP berhubung dengan tatacara perolehan tender kerja secara atas talian yang merangkumi proses penyediaan dokumen tender, iklan, penjualan dan pengedaran dokumen tender serta penutupan tender di sepanjang tempoh PKP. 
  3. Penjualan dan pengedaran dokumen tender akan dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya.
  4. BTM, CDPK telah membangunkan JCloud bagi membolehkan petender  yang layak untuk memuat turun dokumen tender untuk mengemukakan dokumen tender secara serahan tangan atau menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran (kurier).
  5. JKR mendukung harapan tinggi Kerajaan dan rakyat yang mahu langkah memulihkan ekonomi negara dilaksanakan segera bagi mengelakkan kesan lebih buruk kepada ekonomi dan kesejahteraan negara yang terjejas akibat pandemik ini.

 

5) PELAN STRATEGIK JKR 2021-2025

  1. Merangkumi hala tuju, bidang fokus dan pelan tindakan yang menyeluruh untuk tingkatkan kualiti, profesionalisme, produktiviti, pupuk amalan lestari serta hasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif.
  2. Tema satu (1) Pelan Strategik yang selama ini memberi tumpuan kepada Kecemerlangan Penyampaian Projek telah digantikan dengan Kecemerlangan Pengurusan Aset Menyeluruh.
  3. Kecemerlangan Pengurusan Aset Menyeluruh JKR hendaklah bergerak seiring dengan peranan JKR sebagai Setiausaha dan Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan. JKR perlu memastikan aset-aset kerajaan sentiasa dalam keadaan baik, memenuhi fungsi penyampaiannya dan memberi nilai tambah serta diuruskan dengan lebih holistik dan berstruktur.
  4. Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melancarkan Pelan Strategik Organisasi KKR tahun 2021-2025 dengan menyasarkan perancangan operasi dan penyenggaraan aset dalam tempoh lima (5) tahun melalui Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi) serta memperkenalkan pelan tindakan baharu iaitu Ke Arah Penyenggaraan ‘Potholes’ Lebih Cekap.

6) SASARAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) JABATAN 2021

7 KPI tahun JKR Tahun 2021 :

  1. 35% daripada jumlah keseluruhan projek JKR hendaklah diserahkan pada tarikh sepertimana yang ditetapkan di dalam Q-Plan Asal.
  2. 90% daripada jumlah projek JKR yang Penyata Akaun Muktamad (SOFA) tidak melebihi Kos Siling Projek yang diluluskan.
  3. 50% daripada projek bernilai RM10 juta dan ke atas dilaksanakan secara Building Information Modelling (BIM).
  4. Bagi adaptasi IBS dalam pembinaan, 90% daripada projek bernilai RM10 juta ke atas hendaklah menggunakan komponen buatan kilang dan dipasang di tapak.
  5. 30% daripada jumlah projek JKR hendaklah menyediakan SST bersekali dengan dokumen kontrak iaitu dengan kaedah 2 dalam 1.
  6. Semua (100%) projek kerajaan yang bernilai melebihi RM10 juta yang dinilai oleh CIDB melepasi Nilai Ambang (Threshold Value) QLASSIC 50%.
  7. 30% daripada jumlah Projek (bangunan) menggunakan reka bentuk Pre-Approved Plans (PAP).

 

7) PENGURUSAN ADUAN

  1. Setiap aduan yang diterima perlu diselesaikan dengan kadar segera agar persepsi masyarakat luar yang menganggap JKR tidak serius dalam menyelesaikan aduan mereka dapat dikikis.
  2. Aduan perlu diperaku terima dalam tempoh 1 hari bekerja dan maklum balas awalan dalam tempoh 7 hari bekerja sepertimana dalam Piagam Pelanggan dan perlu ditutup dalam tempoh 30 hari.
  3. Selaras dengan Pelancaran semula Aku Janji Zero Potholes yang telah diadakan pada Julai 2020, kerja-kerja penampalan jalan berlubang harus dilaksanakan dalam tempoh 24 jam (secara sementara) manakala pembaikan kekal dalam tempoh 3 hari sebagaimana termaktub dalam Piagam Pelanggan JKR. Warga JKR perlu menyahut dan memandang serius amanat YB Menteri Kanan Kerja Raya mengenai perkara ini.

8) HARAPAN

  1. Warga kerja JKR di pelbagai peringkat harus proaktif membuat hebahan dan publisiti akan segala kerja-kerja atau aktiviti yang dilaksanakan di media sosial (facebook dan twitter). Melalui cara ini kita dapat memberitahu dan menguar-uarkan akan peranan JKR di samping sebagai peluang menjelaskan isu-isu yang timbul di laman sosial dalam skop kerja masing-masing.
  2. Sebagai peneraju agensi Teknikal negara serta menjadi pakar rujuk dalam pembangunan infrastruktur negara, kemahiran dalam aspek Leadership in Project Management perlu diterap dan diaplikasikan oleh seluruh warga JKR.
  3. Pegawai-pegawai kanan JKR terutamanya perlu take a lead to be a problem solver di peringkat cawangan dan bahagian masing-masing.
  4. Warga JKR adalah duta Jabatan dan perlu menjadi contoh yang baik dalam pelaksanaan projek serta teladan kepada pemain-pemain industri pembinaan di negara ini.
  5. Tekadkan azam dan berusaha mencapai misi dan visi JKR serta menjadi “The Preferred Technical Agency’ di Malaysia.
  6. Warga JKR perlu bergerak sebagai satu pasukan dan saling berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman yang ada dalam memartabatkan nama JKR.
  7. Tahun 2020 sehingga 2022 merupakan tempoh transisi masa bagi Jabatan kerana ramai pegawai-pegawai kanan yang akan bakal bersara wajib dan pastinya Jabatan akan kehilangan pakar-pakar teknikal.
  8. Bagi memastikan legasi kepakaran berterusan, pegawai-pegawai muda yang berpotensi juga perlu diberi peluang ditempatkan di jawatan strategik seperti Pengarah-pengarah negeri dan Unit Khas JKR sebagai training ground bagi mengasah kemahiran dan pengalaman. Tiba masanya untuk meneruskan legasi kepakaran berterusan.
  9. Seluruh warga kerja JKR diseru untuk terus teguh berdiri menggapai azam, membetulkan niat dan mempertahankan jabatan dari segala tohmahan dan kejian di luar sana. Bahkan sama-sama kita jadikan ia sebagai motivasi untuk kita terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan telus.
  10. Semoga tahun 2021 bakal melakar kejayaan yang lebih cemerlang dan menggapai aspirasi yang diimpikan.
  11. Bersama-sama kita membantu Kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dan mematuhi SOP yang digariskan.

Klik pautan dibawah untuk menonton semula Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya Tahun 2021

  1. Youtube JKR

https://youtu.be/xpX_eQpQUfc (link is external)

  1. Ucapan penuh format pdf
  2. Slide Amanat KPKR Tahun 2021