Date: Selasa, Ogos 18, 2020

AMANAT YBHG. DATO’ Ir. HAJI MOHAMAD ZULKEFLY BIN SULAIMAN DI MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH KERJA RAYA BERSAMA WARGA JKR, 17 OGOS 2020 (ISNIN), DEWAN TAN SRI MAHFOZ KHALID, KOMPLEKS KERJA RAYA.

 

Klik untuk muat turun Teks Ucapan Amanat KPKR 2020 serta Slaid Iringan Ucapan KPKR 2020

 

Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan dihadiri oleh barisan utama pengurusan atasan JKR, iaitu YBhg. Ir. Haji Zulakmal bin Haji Sufian (TKPKR Sektor Infra), YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim (TKPKR Sektor Bangunan), YBhg. Datin Ar. Hajah Mariani Noor binti Suhud (Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, menjalankan tugas TKPKR Sektor Pakar) serta pengarah-pengarah kanan, cawangan & bahagian serta warga JKR yang lain. Turut menyerikan majlis adalah YBrs. Tuan Mohd Azanuddin bin Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn Bhd) YBrs. Tuan Haji Mohd Hamim bin Imam Mustain (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan) seta YBrs. Tuan Azhar bin Mustapha (Ketua, Seksyen Sivil dan Binaan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan).

Majlis dimulakan dengan Penyampaian Sijil ISO oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd. kepada Ketua Pengarah Kerja Raya, dan diteruskan dengan Penyampaian Sijil Pentauliahan OSHCIM Profesional kepada warga JKR oleh Ketua Pengarah Kerja Raya. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan serta warga yang telah menerima sijil pentauliahan.

YBhg. Dato' Ketua Pengarah Kerja Raya memulakan amanat beliau dengan ucapan terima kasih kepada YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya yang telah menerajui jabatan dengan penuh dedikasi, serta YBrs. Tuan Haji Zulakmal bin Haji Sufian kerana menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang menanggung kerja Ketua Pengarah Kerja Raya, terutamanya dalam tempoh getir Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau mengingatkan warga JKR agar terus berubah dan mengadaptasi kepada keadaan semasa untuk terus meneraju sebagai pemegang amanah kerajaan agar segala fasiliti dan prasarana awam memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat. Usaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan perlu diteruskan agar segala kerja yang diuruskan dapat disempurnakan sebaik mungkin. Budaya kesegeraan dan sentiasa bersiap siaga perlu dipraktikkan dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan.

Beliau juga berpesan agar warga JKR terus mengamalkan budaya norma baharu, menjadikannya amalan kebiasaan sepanjang berada di premis JKR mahupun di luar premis agar dapat membantu kerajaan menangani wabak COVID-19. Setiap tapak bina projek wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan sebagai pengurus projek, warga JKR perlu peka akan setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Di akhir amanat KPKR, beliau meletakkan harapan agar seluruh warga JKR bekerja sebagai satu pasukan dan bersama-sama menjayakan Visi Jabatan agar kekal relevan sebagai jabatan teknikal terbesar negara.

Majlis bersurai sekitar jam 10.30 pagi.